Nonton TV Online, Mauricio Pochettino Kecewa, Moussa Sissoko Hanya Indah Khabar Dari Rupa

Streaming tv online – Pengendali Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino telah menluahkan rasa kecewa beliau diatas pemain yang dibeli dengan nilai perpindahan yang mencecah nilai tertinggi dalam rekod mereka.

Beliau merasakan Sissoko hanyalah indah khabar dari rupa apabila pemain kebangsaan Perancis itu gagal untuk menghidupkan jangkaan yang diberikan kepada beliau.

Terbantut

Sehingga kini Sissoko hanya berjaya melakukan 4 penampilan bersama kelab Utara London sejak berpindah dari Newcastle United pada awal musim.

Perpindahan beliau itu ternyata kerana ingin ‘melarikan diri’ daripada Newcastle United yang tersingkir dari Premier League ke English Championship musim lalu.

Sissoko berjaya dibeli oleh Tottenham Hotspur pada hari terakhir perpindahan musim panas dengan jumlah yang menjadi rekod perpindahan termahal kelab iaitu £30 juta.

Sissoko belum lagi menemui prestasi beliau di bersama kelab barunya. Lebih malang lagi, usaha beliau untuk memperoleh prestasinya terbantut apabila menerima pergantunggan 3 perlawanan selepas menyiku Harry Arter ketika perlawanan menentang Bournemouth.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila Sissoko kini tidak lagi dimasukkan di dalam skuad utama Tottenham Hotspur.

Beliau ditinggalkan ketika pasukannya berkunjung ke Chelsea atas alasan ‘taktikal’.

Kecewa

Pochettino sebenarnya mempunyai 2 kekecewaan terhadap Sissoko.

Pertamanya adalah kerana jangkaan yang diberikan beliau kepada pemainnya itu tidak berjaya dipenuhi.

“Bola sepak bukanlah sukan yang berdasarkan wang semata-mata.”

“Tak semestinya jika kami bayar anda dengan jumlah yang mahal. Bermakna kami perlu mainkan anda saban minggu walaupun anda beraksi teruk.”
Pochettino sebaliknya lebih gemar untuk memberi peluang kepada pemain lain yang beraksi dengan lebih baik berbanding Sissoko walaupun pemain tersebut lebih murah harganya.

“Dalam bola sepak apa saja yang boleh terjadi. Kita boleh bayar pemain tersebut dengan jumlah tertentu dan mengharap sesuatu daripadanya.”

Baca Juga :  Drama Review : Moonlight Drawn by Clouds VS Scarlet Heart Ryeo Part 3

“Dan jika pemain tersebut gagal memberikan persembahan sepatutnya maka beliau berhak digugurkan. Cuba lihat Vincent Janssen atau Josh Onomah. Mereka beraksi dengan baik jadi apa salahnya saya bagi lebih peluang kepada mereka?”

Kekecewaan kedua yang dirasai oleh Pochettino terhadap Sissoko adalah kerana komen pemain tersebut selepas pasukannya terkeluar dari UEFA Champions League.

Sissoko berkata kepada media yang Pochettino tidak melakukan apa yang patut untuk memastikan pasukan sentiasa berdaya saing dalam kejohanan elit Eropah itu.

Dan Sissoko juga berkata pasukannya lebih gemar untuk bermain Europa League berbanding UEFA Champions League.

Namun bagi Pochettino, skuadnya sebenarnya berada dalam proses yang berbeza.

“Boleh dikatakan semua pemain mempunyai minit bermain yang hampir sama musim ini. Jujur saya katakan agak sukar untuk kekalkan prestasi di Premier League dan UEFA Champions League.” Yuk nobar di Streaming tv online Indonesia NingalTV.com.

“Anda boleh lihat prestasi kami bertambah baik ketika perlawanan menentang Chelsea berbanding ketika menentang Monaco. Sukar untuk kekal berada di prestasi terbaik dalam 2 kejohanan namun kami akan ambil iktibar darinya.”

The post Mauricio Pochettino Kecewa, Moussa Sissoko Hanya Indah Khabar Dari Rupa appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Related Post "Nonton TV Online, Mauricio Pochettino Kecewa, Moussa Sissoko Hanya Indah Khabar Dari Rupa"

Cara Alternatif Mencari Download Lagu Gratis Untuk Iphone
Jika Anda memiliki iPhone baru, Anda pasti
CPY Berhasil Bobol Crack Game GOD EATER 2 Rage Burst
Hari-hari ini, mudah untuk menemukan permainan yang
Review film Korea “Canola”
Genre : Drama Tahun rilis : 2016